Assalamualaikum, ustaz ada tak riwayat tentang kelebihan hari asyura?
JAWAPAN :
KELEBIHAN DAN KEMULIAAN HARI ASYURA :
1- Ia mempunyai kehormatan sejak dahulu lagi, di zaman para Nabi terawal. Berkata al-Hafiz Ibnu Rajab dalam [ Lathoif al-Ma'arif ] :
"يوم عاشوراء له فضيلة عظيمة وحرمة قديمة وصومه لفضله كان معروفا بين الأنبياء ، ومما يدل على ذلك ما جاء عن إبراهيم الهجري عن أبي عياض عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه قال : قال النبي صلى الله عليه وسلم : (( يوم عاشوراء كانت تصومه الأنبياء فصوموه أنتم )) وهذا الخبر خرجه بقي بن مخلد في مسنده ." ا.هـ
" hari Asyura baginya kelebihan yang agung dan kehormatan terdahulu. Berpuasa pada hari Asyura kerana kelebihannya adalah makruf di kalangan para Nabi. Di antara nas yang menunjukkan perkara itu ialah apa yang diriwayatkan dari Ibrahim al- Hijri daripada Abi 'Ayyadh dari Abi hurairah radhiyalllahu 'anhu : telah bersabda Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam : " Hari asyura adalah hari yang padanya para nabi berpuasa, maka berpuasalah kalian ( hari asyura-pen)"
2. Asyura adalah hari Allah menerima taubat Nabi Adam alaihissalam. Berkata al-Hafiz Ibnu Rajab dalam [ Lathoif al-Ma'arif ] :
صح من حديث أبي إسحاق عن الأسود بن يزيد أنه قال : " سألت عبيد بن عمير عن صيام يوم عاشوراء ؟ فقال : المحرم شهر الله الأصم فيه تيب على آدم عليه السلام فإن استطعت أن لا يمر بك إلا صمته فافعل "ا.هـ
" telah sohih khabar dari abi Ishaq dari al-aswad bin yazid bahawa beliau berkata : " aku bertanya ubaid bin umair tentang puasa hari asyura? Maka dia menjawab : Muharam adalah bulan Allah. Padanya diterima taubat Nabi Adam alaihissalam. Sekiranya kamu mampu untuk berpuasa maka berpuasalah"
3. Hari asyura adalah hari di mana Allah menyelamatkan Nabi Musa 'alaihissalam. Diriwayatkan dalam as-sohihain daripada Ibnu Abbas Radhiyalllahu 'anhuma :
قدم النبي صلى الله عليه وسلم فرأى اليهود تصوم عاشوراء فقـال : ما هذا ؟ فقالوا : يوم صالح نجى الله فيه موسى عليه السلام وبني إسرائيل من عدوهم ، فصامه موسى عليه السلام فقال : أنا أحق بموسى منكم ، فصامه صلى الله عليه وسلم وأمر بصيامه
" telah tiba Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, lalu baginda dapati orang-orang yahudi berpuasa asyura. Maka baginda berkata : apakah ini ? Maka kata mereka itu ; hari yang baik di mana Allah telah menyelamatkan padanya Musa 'alaihissalam. Lalu berkata Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam: aku lebih berhak terhadap musa dari kalian, maka baginda berpuasa asyura dan memerintah ( sahabat ) berpuasa."
4. Puasa hari asyura menghapuskan dosa ( kecil ) setahun yang lalu. Dalam sohih muslim, dari Abi Qatadah radhiyalllahu 'anhu :
(( أن رجلا سأل النبي صلى الله عليه وسلم عن صيام عاشوراء ؟ فقال صلى الله عليه وسلم : أحتسب على الله أن يكفِّر السنة التي قبله )) .
" bahawasanya seorang lelaki bertanya Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengenai puasa asyura. Lalu baginda bersabda : aku berharap kepada Allah bahawa ia akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya".
#Pakat2 puasa hari asyura.
Ustaz Mohd Hazri Al-Bindany
محمد حذري البنداني:
Sumber FB : PONDOK HABIB bersama Fathimah Azzahra.
9 September pukul 07.31 ·
#Kajian Habib